Apakah PPSR? Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.
PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid aliran perdana dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran.
Tarikh Semakan Keputusan UPSR dan dan PASR 2019
Semua murid tahun 6 boleh memperoleh Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah pada 21 November 2019 mulai jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing. Waris dibenarkan mengambil dokumen PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.
Semakan keputusan UPSR dan PASR boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip seperti di bawah:
dan SMS ke 15888
-atau-
PASR<jarak>AngkaGiliran
dan SMS ke 15888
Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 21 November 2019 dan akan tamat pada jam 6.00 petang 27 November 2019. Semakan keputusan UPSR dan PASR juga boleh dilakukan melalui portal Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Caj penghantaran SMS adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan SMS adalah RM0.20. Perkhidmatan adalah tersedia buat pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX.
P/S: Buat murid-murid yang akan mengambil keputusan exam ini, diharapkan anda semua mendapat result yang terbaik. Tahniah jika anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Namun begitu bagi yang kurang bernasib baik, jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk lebih maju di masa depan. Ingat, ini hanyalah sebagai permulaan dan pencarian menimba ilmu. Jangan jadikan kegagalan lalu sebagai penghalang untuk berjaya di masa depan.