Langgan newsletter kami!
Resipi Rezeki TV Okey

Resipi Rezeki (TV Okey) – Rancangan Travelog Masakan

Resipi Rezeki adalah sebuah rancangan TV terbaru terbitan RTM yang berunsurkan travelog masakan. Ia disiarkan melalui saluran TV Okey (Astro 109) dan diterajui oleh pelakon Izzue Islam dan Jaa Suzuran.

Rancangan sebanyak 13 episod ini dimulai dengan segmen pertama di mana penonton dibawa menemui peniaga makanan di pasar malam, pasar pagi dan bazar untuk meninjau jenis makanan yang dijual. Dalam setiap episod mereka berdua akan memilih dua orang peniaga untuk mempelajari resepi makanan jualan mereka.

Hos kemudiannya terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan bermula dari membeli barang mentah seterusnya belajar memasak. Kedua mereka akan bertanding menjual sendiri makanan yang disediakan itu ditempat makan awam. Kemenangan ditentukan melalui jumlah kutipan hasil dari jualan tersebut. Menarik bukan?

Info Rancangan Resipi Rezeki

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: Bermula 29 Oktober 2019
  • Waktu Siaran: Setiap Selasa, jam 10.30 pagi
  • Stesen TV: TV Okey RTM (Astro 109)
  • Pelakon: Izzue Islam dan Jaa Suzuran

Sinopsis Episod

Episod 1

Dalam episod pertama, mereka berkunjung ke Pasar Malam di Chemor, Perak. Izzue Islam memilih En Zulkifli Mohd Diah yang menjual Murtabak, manakala Jaa Suzuran memilih En Roshdi Ramli Said, seorang penjual Roti Boom. Bermula dengan membeli bahan mentah, kedua-dua mereka kemudiannya telah belajar menebar roti dan kulit murtabak serta cara membuat kuahnya. Setelah selesai memasak Izzue dan Jaa telah membantu kedua dua peniaga menjual makanan tersebut di pasar malam untuk menentukan pemenangnya.

Episod 2

Tauhu Bergedil vs Lempeng dalam episod berikutnya, Izue memillih untuk belajar membuat Tauhu Bergedil dari Pn Anis dan Jaa Suzuran pula belajar membuat Lempeng dari Pn Shuhada. Bermula dengan membeli barang mentah dan menyedia bahan, mereka kemudian belajar memasak. Setelah siap mereka telah membawa makanan tersebut ke bazar makanan untuk berniaga. Pelbagai gelagat yang melucukan dibuat untuk menarik pelanggan.

Episod 3

Seterusnya bersama-sama Puan Maria Zulkifli dan Pn Mastura Musa, peniaga di pasar malam, Izzue mempelajari cara membuat Roti Jala manakala Jaa belajar membuat Tortilla Ayam. Penggambaran diadakan di hadapan Movie Animation Park Studio (MAPS) di Ipoh. Setelah siap memasak, mereka bersaing menjual makanan tersebut di perkarangan MAPS dan membuat kecoh merebut pelanggan.

Episod 4

Semakin menarik dalam episod mereka meninjau ke sebuah bazar makanan mencari menu untuk dijual. Izzue belajar membuat pulut panggang, manakala Jaa pula belajar membuat cucur ketam. Seterusnya mereka bersaing menjual makanan tersebut untuk menentukan siapa pemenang.

Episod 5

Masih di bandar Ipoh, Izzue memilih En Mohd. Ridhwan Fahmi pembuat popia manakala Jaa memilih En Mohd. Safuan pembuat pasembor. Di sebelah pagi mereka telah mengikut kedua dua penjual membeli serta menyediakan bahan dan kemudian belajar memasak. Setelah selesai memasak mereka menbawa makanan tersebut ke sebuah mall untuk menjual. Berbagai strategi digunakan oleh kedua-dua hos untuk menarik pelanggan.

Episod Seterusnya

Persaingan antara Izzue dengan Jaa berterusan dalam episod berikutnya memasak menu Cakoi vs Karipap Gajah, Mee Rebus Tulang vs Soto Ayam, Ketupat vs Lemang Tepung, Roti John vs Big Mac Quesadilla, Kerabu Mee Segera vs Kacang Pool, Kuih Jongkong vs Kuih Badak Berendam, Takoyaki vs Churros dan Sate Ayam vs Putu Cawan.

Siapakah antara kedua mereka yang dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan? Di samping cuba mengumpul keuntungan daripada hasil jualan, mereka turut mendermakan sebahagian daripada wang diperolehi untuk tujuan kebajikan.

Bagi penonton yang tidak sempat untuk menonton di kaca TV, bolehlah menonton menerusi portal online, TV Okey Myklik RTM.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: