Bahan-bahan / Resepi Pulut Durian
- Buah durian yang siap dikopek (lebih sedap jika guna durian gred tinggi seperti durian D24, Musang King atau Udang Merah)
- Beras pulut
- 3 helai daun pandan
- 1 pek santan
- Gula mengikut citarasa. Boleh gunakan gula kasar, brown sugar, gula merah atau gula melaka (orang kelantan panggil nise).
Cara Penyediaan Pulut Durian
A) Tanak Pulut Dahulu
Jika anda tidak pasti cara untuk menanak pulut, di sini dikongsikan sedikit cara mudah nak tanak pulut.
- Masukkan beras pulut ke dalam periuk nasi.
- Masukkan juga 1 cawan air dan 1 sudu besar minyak masak. Mungkin ada yang tak biasa tambah minyak semasa memasak pulut. Sebenarnya tujuannya adalah untuk buatkan pulut tu nampak lebih berkilat dan kurang melekit.
- Pastikan sukatan air yang dimasukkan sama paras dengan pulut itu. Ok, itu saja petuanya ya. Ringkas saja.
- Kemudian, masaklah seperti biasa.
B) Kuah Santan
Seterusnya, masak kuah untuk pulut durian tersebut.
- Masukkan 1 pek cawan santan sederhana pekat. Boleh tambah 1/2 atau 1 sudu teh garam ikut citarasa sendiri.
- Tambahkan daun pandan untuk lebih harum.
- Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
C) Pulut Durian Siap Untuk Dimakan
Hidangkan seperti gambar di bawah. Cara menikmatinya ialah dengan tuangkan santan ke atas pulut. Letak sedikit gula. Makan dengan isi durian. Aroma buah durian dan santan harum memang mengangkat selera. Terbaik!!