Langgan newsletter kami!
Filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

Filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi (2019)

7 Hari (LOL): Kisah Cinta Langkawi adalah sebuah filem bergenre komedi romantik. Filem hasil kerjasama Q-Plex Communication dan Point Studios ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 31 Oktober 2019. Ia diarahkan oleh Anwardi Jamil Sulong dan dibintangi oleh pelakon tiga serangkai Josiah Hogan, Mark Adam dan Peter Davies.

Info Filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

  • Tarikh Tayangan: 31 Oktober 2019
  • Waktu Siaran: 2 Jam 2 Minit
  • Klasifikasi: P13
  • Pengarah: Anwardi Jamil Sulong
  • Terbitan: Q-Plex Communication Sdn Bhd, Point Studios Sdn Bhd
  • Pengedar: Early Bird Productions Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Josiah Hogan, Mark Adam, Peter Davies, Chi Azim, Tengku Ely, Amai Kamaruddin, Sharifah Shahira, Shahruddin Thamby, Chi Azim, Tengku Norsaili

Watak Pelakon Filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

  • Mark Adam sebagai Nik
  • Josiah Hogan sebagai Joe
  • Peter Davis sebagai Ben
  • Sharifah Shahirah sebagai Mok Cik
  • Amai Kamarudin sebagai Zul
  • Shaharuddin Thamby sebagai Dato Rahim
  • Chi Azim sebagai Adira
  • Tengku Norsaili sebagai Eli
  • Tengku Rhea sebagai Rhea Koolfm

Sinopsis Filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi

Mengisahkan tentang seorang vlogger popular bernama Adira yang menggunakan nama vlog Diva Asmara yang kerap memuatnaik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya tentang permasalahan cinta remaja serta bagaimana mengatasinya.

Apabila beliau menerbitkan buku bertajuk ‘Cara Memikat Lelaki Dalam 7 Hari’, seorang lagi vlogger di Langkawi bernama Joe mencabarnya untuk membuktikan keberkesanan sistem yang disarankan dalam bukunya. Adira enggan melayan cabaran tersebut tetapi pembantu peribadinya, Eli mendesak Adira untuk menyahut cabaran yang telah menjadi viral di media social.

Cabaran yang dilontarkan kepada Adira bukanlah untuk Joe jatuh cinta dengannya dalam 7 hari tetapi untuk Adira menawan kawan Joe bernama Ben yang berasal dari UK. Situasi ini menjadi lebih rumit dengan kehadiran kawan Joe iaitu Nik yang sering mengganggu plan Joe untuk merosakkan reputasi Adira.

Pada masa yang sama, ayah Adira iaitu Datuk Rahim telah memaksa anak rakan niaganya, Zul segera ke Langkawi untuk memikat hati Adira kerana dia inginkan Zul untuk menjadi menantunya.

Siapakah yang akan berjaya menambat cinta? Adira? Joe? Nik? Zul? Atau Ben?

Review Filem

Jika anda sudah menonton filem ini, jangan lupa catitkan sedikit review buat tatapan pengunjung yang lain. Semoga review anda dapat membantu mereka yang belum berkesempatan ataupun masih ragu-ragu untuk menonton filem ini.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: