Langgan newsletter kami!

Doa Majlis Yang Sangat Mudah dan Ringkas

Pernahkah tiba-tiba anda diminta menjadi pembaca doa di tempat kerja? Tak kiralah sama ada majlis perpisahan, majlis kesyukuran ataupun perhimpunan sesuatu agensi atau jabatan? Tentu anda tercari-cari bacaan doa majlis atau doa pembuka majlis yang mudah, padat dan ringkas.

Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba (manusia) kepada Allah SWT dengan hati yang ikhlas bagi mendapat rahmat, inayah (pertolongan) dan juga bagi dijauhkan dari bala bencana dengan cara dan adab yang tertentu. Ia merupakan satu cara hidup sebagaimana yang diajar oleh Baginda Nabi SAW.

Di sini saya ingin berkongsi doa majlis mudah yang boleh dibaca dan sesuai digunakan untuk semua majlis yang berbentuk ilmiah ataupun seumpamanya. Tetapi sebelum itu, izinkan saya berkongsi sedikit tatacara, panduan dan adab berdoa agar apa yang dipohon lebih mudah diterima oleh Allah SWT.

Berdoa

Panduan Tatacara dan Adab Berdoa

Ketika berdoa, lakukan dengan cara dan adab yang betul kerana doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah SWT. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

Di samping itu, doa juga hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik. Bacaan doa pembuka majlis tidak semestinya perlu sepenuhnya dalam Bahasa Arab, sebaliknya boleh dicampurkan dengan Bahasa Melayu asalkan maksud doa tersebut adalah baik.

Berikut adalah adab-adab berdoa:

  1. Angkat tangan ke paras dada.
  2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
  3. Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiyah di dalam al-Quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  4. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan bersandar.
  5. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah SWT dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa memohon dimurahkan rezeki, sebutlah nama Allah Ar-Razzaq iaitu merujuk kepada Allah SWT yang banyak memberi rezeki kepada hamba-Nya. Ia seterusnya disusuli pula dengan berselawat ke atas baginda nabi SAW.
  6. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Sesuatu doa hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib dan penuh tawaduk.
  7. Gunalah bahasa yang mudah dan dapat difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNya.

Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sejak dari usia kecil kerana InsyaAllah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Doa Majlis Bahasa Melayu

Bacaan Doa Majlis Yang Mudah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Ya Allah Ya tuhan kami.
Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian kepada kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmatMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah

Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran, menghubungkan silaturahim, dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi jabatan kami.

Ya Allah  Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini,
agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan

Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan
dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.

Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

رَبَّنَا  أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً
وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر
سُبحَانَ رَبِّكَ  رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ
وَالحَمدُ للهِ رَبِّ العَلَمِينَ

Namun begitu, sebelum menggunakan doa majlis ini di tempat kerja anda, pastikan anda mematuhi tatacara membaca doa untuk majlis rasmi atau separuh rasmi yang dikeluarkan oleh JAKIM. Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) memperuntukkan bahawa agama Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan. Oleh itu amalan membaca doa dalam Majlis-majlis Rasmi dan Separuh Rasmi Kerajaan adalah suatu amalan yang suci dan murni sesuai dengan kedudukan agama Islam di negara ini.

Anda juga boleh rujuk panduan doa yang spesifik untuk majlis yang lain seperti di bawah:

Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

52 comments

  1. Boleh x saya pakai bacaan doa ini untuk majlis..

  2. Salam, minta jasa baik saudara. Sy ingin mengguna pakai doa ini boleh ya

  3. Nik aiman Riffqi Bin Nik harizam

    Saya nak pinjam doa boleh?

  4. Mohon share ya …

  5. mohon izin nk copy doa ni ye

  6. Saya guna doa ni ye..

  7. assalamualaikum, saya mohon copy n guna doa ni ya.

  8. mohon menggunakan doa ini tuan

  9. Assalamualaikum, saya mohon izin untuk mennggunakan doa tuan dan copy doa tuan..
    semoga tuan bertambah rezeki..

  10. assalamualaikum tuan. mohon jasa baik tuan utk mengizinkan saya menggunakan doa ini utk majlis yg diadakan pada hari ini

  11. Amir bin mohd salleh

    Assalamualaikum,boleh ke saya gunakan doa ini untuk majlis perjumpaan party warisan di kg saya pada bulan depan

  12. assalam tuan..sy mohon kebenaran guna doa ini ya..terima kasih..

  13. Assalamualaikum, saya mohon izin untuk menggunakan doa ini
    terima kasih

  14. Salam, saya mohon izin untuk gunakan doa ni ya. Terima kasih

  15. Assalam encik.. Saya mohon untuk print out dan ingin digunakan dlm majlis ya? Terima kasih..

  16. Tk atas perkongsian ilmu… Halalkan ilmu yg dikongsi ya

  17. Salam, minta izin pakai doa ni tuk majlis harini

  18. Salam.. mohon izin, saya nak guna doa ini utk majlis di pejabat besok pagi, semoga kita semua diberi keberkahan dari Allah swt… aamiin.

  19. saya mohon guna doanya ya… terima kasih

  20. Muhsin Nor Paizin

    Kenapa di block copy ni. Org nak guna utk amal ibadat terus jadi terbantut..

  21. sy mohon guna doa ini…tk

  22. Tn mohon izin guna doa ini..tq

  23. Tuan mohon izin guna doa in..t.kasih

  24. Assalamu’alaikum. Bagi tak bagi pun saya akan pinjam guna pakai juga doa2 di atas. Gurau je. Maaf ya. Dah di public domain, kena mohon izin ke? Mohon pemilik situs ini letak siap2 keizinan diberi utk guna dan manafaatkan ilmu dan pengetahuan yg ada di blog ini. Jadi mudah tak perlu minta lagi.

  25. Terima kasih atas perkongsian doa yang mudah. Mudah faham dan sampai maksudnya kepada pendengar. Moga dimakbulkan..

  26. Assalamualaikum, minta izin untuk guna doa ini. terima kasih

  27. MUHAMMAD ZULHADI BIN KHAMIS

    mohon izin guna doa ini.. jazakallah

  28. Assalamualaikum wbt.. mohon izin untuk guna doa ini. terima kasih

  29. Ibrahim Abd Rahman

    Assalamualaikum tuan, mohon izin untuk copy doa ini

  30. Mohon izin untuk saya gunakan doa ini

  31. Mohon izin guna doa ni ye..

  32. Mohon izin menggunakan doa ini.

  33. assslamualaikum tuan, minta izin nk guna

  34. Assalamualaikum,saya dah guna doa ini.maaf atas kelewatan terima kasih

  35. Salam… Sy minta izin untuk guna doa ini. Terima Kasih tuan…

  36. Izinkan saya mengunakan bacaan ini ya admin…

  37. Saya minta izin untuk guna doa ini.terima kasih

  38. Saya baca doa ni untuk majlis makan malam boleh tuan?

  39. Salam ..boleh berikan saya bacaan doa untuk doa selamat yang biasa dan juga untuk mohon keselamatan dll bagi anakanda yang akan pergi menuntut ilmu di luar negara

  40. Mohon izin untuk saya gunakan doa ni ya

  41. Assalamualaikum tuan, saya mohon gunakan doa ini ya. JazakAllahukhairankhatira.

  42. Assalamualaikum tuan. izinkan saya guna doa ini. terima kasih atas doa ini. semoga Allah permudahkan urusan tuan sekeluarga.

  43. ZULKARNAIN OSMAN

    As salam,izinkan saya guna doa ini. Terima kasih

  44. Assalamualaikum..Mohon izin saya gunakan doa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: