Siapa Mimi Ernida? Nama beliau mula mendapat perhatian peminat apabila membintangi filem aksi Polis EVO. Filem arahan Ghaz Abu Bakar lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak ini menyaksikan penampilan Mimi Ernida dengan membawa watak sebagai Maya. Kini beliau tampil lagi dalam drama bersiri Kerana Dia Manusia Biasa yang akan bersiaran di Slot Samarinda TV3 pada September nanti.
Biodata Mimi Ernida
- Nama Penuh: Nor Shamimi Ernida binti Mansor
- Nama Komersial: Mimi Ernida
- Asal: Alor Setar, Kedah
- Kediaman Sekarang: Kuala Lumpur
- Tarikh Lahir: 21 Mac 1990
- Umur: 29 tahun (2019)
- Adik-Beradik: Anak sulung daripada empat beradik
- Kerjaya: Pelakon dan Peragawati
- Agama: Islam
- Warganegara: Malaysia
- Bangsa: Melayu
- Drama: Rindu Awak 200%, Merah Gaun Pengantin, Setia Ku Di Sini, Hello Mr. Perfect, Ajaibnya Cinta, Bukan Isteri Sempurna, Cinta Masam Manis, Ana Kleopatrena, Selafaz Cinta, Senafaz Rindu, Kerana Dia Manusia Biasa
- Telefilem: Spain Uolls, Alien Janda Baik, Ada Apa Dengan Ramadhan
- Filem: Alamak Toyol, 1 Lawan Satu, Bencinta, Polis EVO
- Instagram: @mimi_ernida
- Facebook: @mimiernida
Perkara Menarik Tentang Mimi Ernida
- Mula aktif dalam industri seni sejak tahun 2010 sebagai pelakon dan peragawati.
- Bakatnya dikesan selepas menjadi finalis dalam rancangan realiti Gadis Melayu musim ketiga, di TV9 pada 2010.
- Membuat penampilan filem cetera pertama menerusi filem komedi Alamak Toyol arahan Ismail “Bob” Hasim pada 2011.
- Seterusnya membuat kemunculan kedua dalam filem 1 Lawan Satu (2013) arahan Pierre Andre.
- Membintangi drama adaptasi novel Rindu Awak 200% yang bersiaran di Slot Akasia TV3 bersama Ayda Jebat dan Zul Ariffin.
- Pernah mengalami zaman kemelesetan dengan menjual laksa melalui media sosial pada tahun 2018.