Pernahkah anda terdengar atau terbaca perkataan seperti Ikhwan, Akhwat, Ukhti, Akhi dalam percakapan dan tulisan di media sosial? Pasti anda tertanya-tanya apakah erti dan maksud kata-kata tersebut. Bagaimana pula cara penggunaannya?
Akhi
Bermaksud saudaraku. Ia adalah panggilan untuk saudara lelaki.
Ukhti
Bermaksud saudariku. Ia adalah panggilan untuk saudari perempuan.
Ikhwan (jamak)
Bermaksud sama seperti akhi. Cuma perkataan ikhwan digunakan untuk lelaki dalam bentuk jamak (lebih dari seorang).
Akhwat (jamak)
Bermaksud sama seperti ukhti. Cuma perkataan akhwat digunakan untuk perempuan dalam bentuk jamak (lebih dari seorang).
Berikut adalah perkataan-perkataan yang menggambarkan antara lelaki dan perempuan.
- Antum: kamu (jamak)
- Ikhwah fillah: saudara sekalian
- Afwan: maaf
- Tafaddhol: silakan
- Jazakumullahu khair: terima kasih banyak
- Anta: kamu, seorang [lelaki]
- Antuma: kamu, dua orang [lelaki]
- Antum: kamu, ramai [lelaki]
- Anti: kamu, [perempuan]
- Antuma: kamu, dua orang [perempuan]
- Antukanna: kamu, [perempuan]
- Ana: saya
- Nahnu: kami
Contoh penggunaan.
- Kaifa haluka: Apa khabar? (lelaki: seorang)
- Kaifa haluki: Apa khabar? (perempuan: tunggal)
- Kaifa halukuma: Apa khabar? (lelaki/perempuan: dua orang)
- Kaifa halukum: Apa khabar? (lelaki: ramai)
- Kaifa halukunna: Apa khabar? (perempuan: ramai)
Semoga bermanfaat.