Langgan newsletter kami!
Muslim man prays in mosque

Niat Solat 5 Waktu dan Solat Jumaat

Setiap solat atau sembahyang yang hendak dilakukan perlu dimulakan dengan niat tak kira niat solat lima waktu, solat jumaat atau solat-solat sunat yang lain. Niat adalah salah satu daripada rukun solat. Rukun solat bererti asas solat, di mana ia merangkumi amalan, juga perkataan yang dimulakan dengan takbir, iaitu Allahuakbar dan disudahi dengan salam, iaitu assalamualaikum. Sekiranya rukun ini ditinggalkan, maka solat yang dilakukan itu tidak sah.

Niat ialah azam atau tekad melakukan sesuatu disertakan dengan tindakan. Dalam sebuah hadis daripada Umar bin Al-Khattab r.a, beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda.

“Segala amalan ibadah itu hanya sah dengan niat dan bagi setiap manusia diberi ganjaran menurut apa yang diniatkan.”
(Hadis riwayat Bukahari dan Muslim)

Cara Niat Solat

Tempat niat ialah dalam hati. Tidak wajib menyebut niat dengan lidah. Menurut kitab al-Qaul Al-Mubin Fi Akhtai `l-Musallin, menyebut niat dengan kuat tidak wajib, juga tidak dihukumkan sunat, bahkan amalan menguatkan suara ketika berniat adalah bid’ah menyalahi syarak.

Niat solat mesti dilakukan ketika takbiratul ihram, iaitu ketika menyebut Allahuakbar, diniat dalam hati, dalam keadaan sedar, sama ada serentak atau lebih awal sedikit daripada sebutan Allahuakbar tetapi sebutan serentak adalah lebih utama.

Jelasnya niat wajib muqarahah (disertai) dengan takbiratul ihram. Di samping itu seseorang itu hendaklah berqasad untuk melakukan ibadah solat dengan menjelaskan jenis solat yang hendak dilakukan, seperti solat Asar atau Maghrib.

Tidak sah niat dengan menyebut jenis sembahyang tertentu, tetapi apa yang dilakukan sembahyang fardu yang lain, seperti berniat dengan menyebut solat Asar, tetapi apa yang dilakukan ialah solat Zuhur.

Bacaan Niat Solat 5 Waktu (Jawi dan Rumi)

1. Niat Solat Subuh

Niat Sembahyang Subuh

Dalam Rumi: Usalli fardhaz subhi raka’ataini (*) adaan lillahi ta’ala
** tambahkan “makmuman” jika sembahyang berjemaah.

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
** tambahkan “mengikut imam”, jika sembahyang berjemaah.

2. Niat Solat Zuhur

Niat Sembahyang Zuhur

Dalam Rumi: Usalli fardhaz zuhri arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala
** tambahkan “makmuman” jika sembahyang berjemaah.

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
** tambahkan “mengikut imam”, jika sembahyang berjemaah.

3. Niat Solat Asar

Niat Sembahyang Asar

Dalam Rumi: Usalli fardhaz asri arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala
** tambahkan “makmuman” jika sembahyang berjemaah.

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
** tambahkan “mengikut imam”, jika sembahyang berjemaah.

4. Niat Solat Maghrib

Niat Sembahyang Maghrib

Dalam Rumi: Usalli fardhaz maghribi thalatha raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala
** tambahkan “makmuman” jika sembahyang berjemaah.

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
** tambahkan “mengikut imam”, jika sembahyang berjemaah.

5. Niat Solat Isyak

Niat Sembahyang Isyak

Dalam Rumi: Usalli fardhaz ‘isya’i arba’a raka’atin (*) adaan lillahi ta’ala
** tambahkan “makmuman” jika sembahyang berjemaah.

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
** tambahkan “mengikut imam”, jika sembahyang berjemaah.

Bacaan Niat Solat Jumaat (Jawi dan Rumi)

Niat Sembahyang Jumaat

Dalam Rumi: Usalli fardhaz Juma’ati raka’ataini makmuman adaan lillahi ta’ala

Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta’ala.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: