Contoh Teks Pengacara Majlis / Ucapan Emcee Majlis Persaraan Cikgu
[infobox style=”alert-success”] Pagi yang indah penuh ceria.Hari yang berbahagia penuh bermakna ini kita raikan majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Cikgu __[nama guru dirai]__.
Bismillahir Rahmanir Rahim..
Assalamualaikum W.B.T,
- Yang Berusaha Encik/Puan __________, Guru Besar [nama sekolah].
- Yang Dihormati Encik/Puan __________, Guru Penolong Kanan 1.
- Encik/Puan __________, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
- Encik/Puan __________, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
- Yang Dihormati Encik/Puan __________, Yang Dipertua PIBG [nama sekolah].
- Yang Diraikan Cikgu __[nama guru dirai]__.
- Guru-guru, seterusnya murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Cikgu __[nama guru dirai]__.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicaraSarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seriBunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati
Majlis seterusnya menjemput Encik ______ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
[ BACAAN DOA ]
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Cikgu __[nama guru dirai]__ sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan dan sebagai warga pendidik di [nama sekolah].
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Encik ________, Guru Besar [nama sekolah], untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
[ UCAPAN GURU BESAR ]
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid _________, Dipersilakan.
[ UCAPAN WAKIL MURID ]
Terima kasih diucapkan kepada __[wakil murid]___ atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan di dalam dulang
Hari ini cikgu bersara
Jasa baik cikgu tetap dikenang
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan __[nama guru dirai]__.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
[ UCAPAN CIKGU YANG BERSARA ]
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan __[nama guru dirai]__ atas ucapan itu tadi. Kata-kata amanat yang disampaikan tadi akan kami pegang dan jadikan sumber inspirasi sepanjang mengharungi liku-liku sebagai warga pendidik.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan. Walau sukar untuk ditelan tapi kaki tetap mengorak jalan. Selagi hayat dikandung badan.
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan koir oleh ____[nama pasukan koir]___ dan persembehan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan __[nama guru dirai]__.
[ PERSEMBAHAN KOIR DAN MULTIMEDIA ]
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan koir dan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang berundur jangan
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu __[nama guru dirai]__.
Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada __________, untuk mengiringi Yang Diraikan __[nama guru dirai]__ untuk menerima cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.
Majlis mempersilakan Yang Berusaha __________ untuk menyampaikan cenderamata daripada badan Kebajikan Guru dan Kakitangan __[nama sekolah]__.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
[ PENYAMPAIAN CENDERAMATA ]
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan __[nama guru dirai]__.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan __[nama guru dirai]__ atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha __________, mengiringi Yang Diraikan __[nama guru dirai]__ sebentar tadi.
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan acara memotong kek oleh Yang Diraikan __[nama guru dirai]__ dan diiringi oleh Tuan Guru Besar serta barisan Penolong Kanan __[nama sekolah]__.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
[ ACARA POTONG KEK ]
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan,
Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi,
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi Cikgu [nama guru dirai] jadi kenanganTuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan __[nama guru dirai]__ kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan __[nama guru dirai]__ bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis ini.
[ TAMAT ]
[/infobox]
dah lama cari teks ni. bolehla buat persediaan. tq admin!
may i share, please..tq
silakan