Berikut adalah perkara basic dan kesalahan dalam solat berjemaah yang sebenarnya ramai orang masih tak tahu.
- Kalau Imam bangun (terlebih rakaat), jangan ikut. Siapa ikut akan batal solat. Bilangan rakaat solat dah tetap tak boleh tambah dengan sengaja melainkan terlupa.
- Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai-pandai suruh Imam duduk semula. Kalau imam duduk, maka batal solat dia (Mazhab Syafie).
Sedikit cerita dan pengalaman sebenar sebagai panduan
- Ada solat kat satu masjid baru-baru ini, Imam terlupa duduk tahiyat awal. Beliau terus berdiri tegak. Kemudian punyalah ramai jemaah belakangnya tegur ‘Subhanallah’ (sambil duduk tahiyat awal). Aku yang dah berdiri ni harap sangat janganlah Imam pergi duduk semula. Tiba-tiba Imam turun pergi duduk balik. Terpaksa Mufarraqah (berpisah dari imam).
- Pernah berhenti solat kat satu surau waktu Zohor, dah rakaat ketiga. Tiba-tiba Imam terbatal ketika duduk antara dua sujud (kentut yang berbunyi). Semua jemaah bubar dan batalkan solat tersebut. Sepatutnya, orang belakang imam tu ambil alih jadi imam dengan kuatkan suara. Boleh langkah ke depan selangkah bila berdiri.
- Ketika Solat Asar kat masjid kampung sendiri tahun lepas. Imam terus berdiri selepas rakaat ke 4. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu dah masuk rakaat yang ke-5. Imam tu sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut dengan tahu/sedar, semua batal solat. Tiada solat Asar 5 rakaat. Kita ada 2 pilihan saja, Mufaraqah (berpisah dari imam dan terus bagi salam) atau tunggu Imam kat Tahiyat akhir dan bagi salam bersama-sama.
Sebab itu dalam hadis ada sebut, orang yang belakang Imam tu kena yang paling baik ilmu agamanya. Supaya tahu nak buat apa untuk gantikan Imam bila diperlukan.
Ini adalah ilmu yang kita semua kena belajar lebih dari ilmu lain. Belajar solat ni tak sampai setengah hari pun. Tapi ilmu tu kekal sampai kita mati.
Wallahua’lam.
Sumber Acaii Jawe