Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, majlis makan malam, malam amal, pelancaran kempen dan sebagainya. Walaupun nampak mudah dan simple, sebenarnya tugas pengacara majlis bukanlah semudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran dan kejayaan sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis.
Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tetamu yang hadir. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tetamu yang hadir mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat olehnya. Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol.
Senarai Panggilan Hormat
Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:
- Yang di-Pertuan Agong – *DYMM Seri Paduka Baginda
- Raja Permaisuri Agong – DYMM Seri Paduka Baginda
- Raja Perlis – DYMM Tuanku
- Sultan Kedah – Ke Bawah DYMM Al-Sultan
- Sultanah Kedah – Ke Bawah DYMM Tuanku
- Sultan Selangor – DYMM Sultan
- Tengku Ampuan Selangor – DYMM Tengku Ampuan
- Yang Dipertuan Besar – DYMM Tuanku Negeri Sembilan
- Tunku Ampuan – DYMM Tuanku Negeri Sembilan
- Sultan Pahang – Ke Bawah DYMM Sultan
- Sultanah Pahang – DYMM Sultanah
- Sultan Terengganu – DYMM Sultan
- Tengku Ampuan Besar – DYMM Tengku Ampuan Terengganu
- Al-Sultan Kelantan – Ke Bawah DYMM Tuanku
- Raja Perempuan Kelantan – DYMM Tengku
- Sultan Johor – DYMM Baginda Sultan
- Sultanah Johor – DYMM Baginda Sultanah
- Paduka Seri Sultan Perak – DYMM Paduka Seri Sultan
- Raja Permaisuri Perak – DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
- Yang Di Pertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang – Tuan Yang Terutama
- Isteri Yang Di Pertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang – Yang Amat Berbahagia
*DYMM = Duli Yang Maha Mulia
Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:
- Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat
- Isteri Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia
- Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat
- Isteri Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia
- Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berhormat
- Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berbahagia
- Menteri, Timbalan Menteri – Yang Berhormat
- Isteri Menteri dan Timbalan – Yang Berbahagia
- Tun/isteri – Yang Amat Berbahagia
- Tan Sri/isteri – Yang Berbahagia
- Datuk selain negeri Johor – Yang Berbahagia
- Dato’ dari negeri Johor – Yang Berhormat
- Raja/Tengku – Yang Mulia
- Isteri Raja/Tengku – Yang Berbahagia
- Panglima Angkatan Tentera/isteri – Yang Berbahagia
- Ketua Polis Negara/isteri – Yang Berbahagia
- Ketua Hakim Negara – Yang Amat Arif
- Isteri Ketua Hakim Negara – Yang Amat Berbahagia
- Hakim Besar – Yang Arif
- Isteri Hakim Besar – Yang Berbahagia
- Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Arif
- Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Berbahagia
- Peguam Negara/isteri – Yang Berbahagia
- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri – Yang Berbahagia
- Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri – Yang Berbahagia
- Ketua-Ketua Jabatan Negeri – Yang Berusaha/Yang Berbahagia
Disertakan juga panggilan hormat yang umum dan digunakan untuk penulisan surat, minit mesyuarat dan sebagainya.
- Saudara/saudari – Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang dihormati
- Tuan Haji/Puan Hajah –Â Digunakan untuk orang lelaki / perempuan yang telah menunaikan fardhu Haji
- Yang dikasihi –Â Digunakan untuk rakan-rakan
- Yang dihormati –Â Digunakan untuk ibu bapa, pengerusi majlis
- Yang Berbahagia – Digunakan untuk golongan kehormat seperti pengetua, ustaz , guru besar
- Yang Berusaha –Â Digunakan untuk Pengarah / Ketua jabatan
- Yang Arif –Â Digunakan untuk hakim
- Yang Amat Arif –Â Digunakan untuk Tuan Hakim Negara (dalam situasi formal di mahkamah)
- Tuan, Encik –Â Digunakan untuk orang lelaki yang dihormati
- Puan –Â Digunakan untuk orang perempuan yang dihormati
- Yang Berhormat – Digunakan sebagai panggilan untuk ahli politik