Tahniah kerana anda telah memilih ONEXOX sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi anda. Sebagai pengguna baru, anda tentu perlukan maklumat lanjut dan panduan pengguna ONEXOX. Berikut adalah panduan yang boleh dijadikan rujukan.
1. Pengaktifan Simkad
Selepas menerima simkad, buat panggilan keluar yang berjawab pertama anda selama beberapa saat untuk aktifkan simkad. Anda boleh buat panggilan ke nombor 12273 (Percuma) atau panggilan kepada rakan anda (caj 5sen jika bawah 10 saat).
2. Friends & Family
Pastikan anda buat tetapan 10 nombor Friends & Family untuk penjimatan kadar Panggilan & SMS yang rendah ke semua rangkaian (Celcom/Maxis/Digi/Umobile/Altel/RedOne/Tone Excel/talian tetap TM/lain-lain).
[infobox style=”alert-custom blue”]Cara tambah nombor Friends & Family
SMS: FnF ADD 012xxxxxxx dan hantar ke 22111
Cara semak senarai nombor Friends & Family
SMS: FnF LIST dan hantar ke 22111
Cara hapuskan nombor Friends & Family
SMS: FnF DEL 012xxxxxxx dan hantar ke 22111
3. Pendaftaran Akaun SELFCARE (Optional)
Anda digalakkan untuk mendaftar akaun SelfCare.
Kelebihan Selfcare ONEXOX:
- Mengemaskini profil
- Membuat semakan baki
- Menyemak bil penggunaan
- Tambah nilai secara online melalui online banking seperti Maybank2U, CimbClicks dan lain-lain
- Melanggan pelan internet
4. Easy Menu *150#
[infobox style=”alert-custom blue”]Cara Penggunaan: Taip *150# pada telefon anda dan tekan CALL.
[/infobox]Kegunaan Easy Menu *150#
- Semak baki
- Tambah Nilai/Topup
- Langgan Pelan Internet
- Tetapan Friend & Family (FnF)
Pindah Kredit
5. Cara Tambah Nilai/Topup ONEXOX
[infobox style=”alert-custom blue”]- Call
Taip nombor berikut *132*1*PinCode16Angka# dan tekan CALL - SMS
Topup akaun sendiri: taip REC<space>PinCode16Angka dan SMS ke 22111
6. Beli Tambah Nilai/Topup ONEXOX
Topup boleh didapati di 7Eleven/stesen minyak/Kedai yang ada ePay/MOL/Dealer ONEXOX
7. Langganan Pelan Internet
- Charge langganan data akan ditolak dari akaun MA.
- Jika baki di akaun MA tidak mencukupi, sistem akan ambil kredit dari akaun DA secara automatik.
- Tunggu sehingga SMS makluman diterima.
- Pastikan tetapan internet dalam telefon bimbit anda telah diaktifkan dan pastikan tetapan APN menggunakan nama XOX (kebanyakan telefon bimbit tak perlu setting apa-apa).
- Jika gagal untuk melayari internet, cuba off dan on semula telefon bimbit anda dan jika masih tidak berjaya, sila hubungi customer servis 12273 untuk bantuan.
8. Kod Asas Pengguna ONEXOX
[infobox style=”alert-danger”] Belum tukar ke Onexox? Bertindak sekarang.Baca kelebihan ONEXOX dan hubungi nombor di bawah.
📞 SMS/Whatsapp 019-7720072
📞 SMS/Whatsapp 019-7720072
📞 SMS/Whatsapp 019-7720072
DYSD20835
(ONEXOX Authorised Dealer)
[/infobox]