Siapa tak kenal Zila Bakarin. Pelakon wanita yang sememangnya terkenal kerana sering membawakan watak seksi dan menggoda. Biarpun telah lama dan boleh dianggap antara pelakon senior dalam industri hiburan, namun masih banyak tawaran lakonan yang diterima beliau. Zila Bakarin berasal dari Kuala Lumpur tetapi dilahirkan di Kedah terus menyerlah di tahun 2017 dengan membintangi drama popular antaranya Encik Suami Mat Salih Celup dan Dendam Aurora.
Biodata Zila Bakarin
- Nama Penuh: Rosmawati bt Bakarin
- Nama Komersial: Zila Bakarin
- Tarikh Lahir: 7 Mac 1975
- Umur: 42 Tahun (2017)
- Asal: Kuala Lumpur
- Tempat Lahir: Kedah
- Agama: Islam
- Bangsa: Melayu
- Warganegara: Malaysia
- Status: Berkahwin
- Nama Suami: Azri Azhar, 43 tahun
- Nama Anak: Kaseh, 8 tahun dan Chinta, 5 tahun
- Drama/Filem: Antara Air & Coklat, Satu Kali Lagi, Syair Si Pari-Pari, Membelah Ombak, Siapa Kata Tak Dan…, Menantuku Sayang, Menantuku Malang, Syafiq, Madu 5, No Problem, Menjaring Kasih, Impianku, Rumah Kayu Tiang Seribu, Nelayan, Di Sebalik Awan, Atirah, Bapa Mertuaku, Gerhana Di Hati Suraya, Othello, Kasih Kembali, Sate, Biduk Kasih, Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora (2017) dan banyak lagi.
- Instagram: @zilabakarinofficial
- Facebook: @zilabakarinofficial
Fakta Menarik Tentang Zila Bakarin
- Mengaku pernah melakukan suntikan pada mulut dan dagunya untuk kelihatan lebih cantik namun kemudiannya menyesali perbuatannya itu.
- Berkahwin dengan jejaka pilihan hati, Azri Izhar pada 11 Januari 2008 selepas lapan tahun berkawan.
- Suaminya iaitu Azri Izhar adalah seorang jurukamera.
- Seorang yang sangat bersederhana dan tidak cerewet dalam memilih pakaian asalkan ianya cantik dipakai walaupun tidak berjenama.
- Sangat sinonim dengan watak antagonis serta mampu membawa watak jahat dengan berkesan dalam lakonannya.
“Biarpun orang label saya sebagai pelakon stereotaip, tapi pada saya, saya rasa lebih selesa membawa watak perempuan jahat. Saya suka pada watak yang menjadi pencetus kepada segala masalah dalam sesebuah cerita. Pernah saya menjayakan watak ibu yang baik, namun akhirnya saya ditegur pengarah kerana katanya, gaya saya seperti mahu memikat anak saya pula. Malah kadangkala saya jadi tertekan kerana perlu mengawal segala tindak tanduk, kawalan suara, reaksi muka dan banyak lagi.”