Sejak nama Sangeeta Krishnasamy diumumkan sebagai pemenang kategori utama pada FFM29, ramai yang masih kabur dan tertanya-tanya. Siapakah Sangeeta Krishnasamy? Lakonan mantap Sangeetha Krishnasamy dalam filem ‘Adiwiraku’ dengan memegang watak sebagai Cikgu Cheryl Ann Fernando telah memenangi hati rakyat Malaysia. Beliau telah mengetepikan saingan nama-nama besar dalam industri hiburan seperti Izara Aishah, June Lojong dan Sharifah Amani untuk memenangi anugerah tersebut.
“Saya terasa seolah-olah masih bermimpi. Adakah apa yang berlaku ini semuanya benar? Sejujurnya, saya tidak tahu apa yang perlu dijangkakan untuk berdepan dengan industri perfileman ini. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada Cikgu Cheryl Fernado kerana dia adalah pemenang dan heroin sebenar dalam filem ini”
Biodata Sangeeta Krishnasamy
- Nama Penuh: Sangeeta Krishnasamy
- Asal: Kuala Lumpur
- Tinggi: 1.52 m (5 ft 0 in)
- Warna Rambut: Dark Brown
- Warna Mata: Brown
- Bangsa: India
- Warganegara: Malaysia
- Keluarga: Anak kedua dari empat adik-beradik
- Pendidikan: Sarjana Undang-undang dari University of London (Kampus Malaysia)
- Pekerjaan: Model, Pelakon, Pengacara TV dan Peguam
- Filem: Adiwiraku
- Instagram: @sangeeta_krishnasamy
- Twitter: @sangeetakrishn2
- Facebook: @sangeeta.krishnasamy.1
- Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Sangeeta_Krishnasamy
Fakta Menarik Tentang Sangeeta Krishnasamy
- Merupakan anak kepada Bobby Krishnasamy.
- Mula serius dalam dunia lakonan pada tahun 2009. Namun begitu beliau pernah berlakon dalam drama dan filem Tamil sejak usia enam tahun lagi.
- Pernah mengikuti kursus lakonan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPaC).
- Menjadi pelakon Malaysia pertama yang berlakon dalam filem Kollywood selepas membuat penampilan di Goa sebagai watak utama di ‘ZHA’.
Menjadi salah seorang pelakon terbaik di Cinema Tamil Malaysia selepas memenangi kedua-dua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia 2015 untuk kategori pelakon terbaik dalam kategori filem dan telemovie. - Merupakan seorang ‘vegan’ atau 100% vegetarian iaitu hanya makan makanan yang berasal dari tanaman seperti biji-bijian, buah-buahan, sayuran, kekacang dan mengecualikan mengecualikan produk dari haiwan.
- Dimasukkan ke hospital selama tujuh hari kerana demam denggi ketika penggambaran filem Adiwiraku. Disebabkan itu, beliau kehilangan berat badan lebih 5 kilogram.
- Pernah menjadi finalis pertandingan ratu cantik, ‘Miss Malaysia India’.
- Pernah bercita-cita untuk menjadi anggota polis.
- Seorang yang pandai memasak.
- Fasih bertutur dalam bahasa Tamil, Melayu dan English.