Banyak gambar-gambar dan video Cik B yang dikongsi oleh Dato Seri Vida dalam laman sosial beliau. Maklumlah Cik B merupakan anak gadis kesayangan Dato Seri Vida. Namun tak kurang juga mulut-mulut jahat manusia yang suka membandingkan fizikal Cik dan emaknya sendiri. Tapi jawapan DSV memang membuatkan semua terdiam.
“#jangan kutuk Cik B hitam, masa kecil dahulu saya lagi hitam daripada dia. Biarlah dia enjoy zaman kecilnya. Dia suka main bola tengah panas dengan budak-budak lelaki dan Cik B juga jenis brutal, mujur tak panjat pokok je, saya dahulu siap buat rumah atas pokok jambu” – ujar Dato Seri Vida tentang anak gadisnya itu.
Dato Seri Vida juga pernah berkongsi satu gambar zaman kecil Cik B bagi membuktikan bahawa anaknya itu sebenarnya berkulit putih.
“Perkenalkan Cik B masa kecil dahulu, putih sahaja tetapi sekarang dah hitam sebab main panas, suka main bola dengan kawan-kawan.”
Akhir-akhir ini, ramai juga yang bertanya kami tentang Biodata Cik B. Itu akan kami usahakan sedikit masa lagi, so korang stay tyne dan follow Azhan.co ok? Bagi yang follow Cik B, boleh klik link di bawah.
Update terbaru: Biodata Cik B.
- Instagram Cik B (Anak Dato Seri Vida): @cikb_havoc66
Ok lah…dia tak paksa anak daranya nak ikut telunjuk dia… Salut dgn dato vida ni sbb tak de mengada² didik anak macam ala² mat saleh macam sesetengah selebriti Melayu yang lupa identiti Melayunya…perasan mat saleh…konon makan pun western jer…