Betulkah warna boleh mempengaruhi mood manusia? Jawapannya betul, kajian mendapati warna bukan sahaja mempengaruhi mood seseorang malah perangai dan tahap stress juga. Pakar warna menjelaskan ia disebabkan oleh sifat warna itu sendiri yang dikaitkan dengan elemen tertentu. Contohnya warna biru yang dikaitkan dengan warna langit, ia secara tidak langsung memberikan kesan ketenangan.
Mari kita lihat bagaimana anda boleh memilih warna untuk memaksimumkan potensi diri anda berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan.
Warna desktop komputer anda: Hijau
Warna hijau adalah warna yang merehatkan mata, sebab itu kita digalakkan memerhati kehijauan pohon-pohon. Ia dapat meminimumkan rengsa mata anda yang menggunakan komputer untuk jangka masa panjang ketika di pejabat ataupun di rumah.
Warna pakaian sukan anda: Jingga
Jingga adalah warna yang terhasil daripada campuran warna merah dan kuning yang memberikan kesan penggalakkan pada seseorang. Ia dapat menambah bekalan oksigen otak dan menghasilkan tenaga serta merangsang minda. Untuk itu, anda akan lebih bersemangat apabila bersenam.
Warna untuk anda menjadi lebih agresif: Hitam
Sama ada perlawanan sukan atau pekerjaan bidang jualan, pakaian berwarna hitam akan membuat anda lebih agresif dalam mengejar target yang ditetapkan.
Warna ruang kerja anda: Biru dan Hijau
Warna biru memberikan fokus, ketenangan dan kepercayaan terhadap kerja yang dilakukan. Warna hijau pula dapat mengurangkan kebimbangan dan dikaitkan dengan wang. Kedua-duanya merupakan kombinasi terbaik untuk menggalakkan produktiviti di ruang kerja.
Warna untuk ruang rehat: Kelabu
Warna kelabu menjadikan seseorang pasif dan kurang bertenaga. Maka, ia sesuai untuk ruang rehat yang dapat mengelakkan otak anda daripada overthinking. Elakkan memakai pakaian berwarna kelabu secara keseluruhan ke tempat kerja kerana ia boleh membuatkan anda malas!
Diharapkan selepas ini, pembaca sekalian tidak ambil ringan soal pemilihan warna. Walaupun ada banyak faktor lain yang mempengaruhi mood seseorang, tetapi dengan memilih warna yang betul bagi situasi, anda telah membuat keputusan bijak untuk menjadikan hidup anda lebih baik. Jangan main hentam saja ya!