Langgan newsletter kami!

Cara Buat Resume Terbaik

Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profile diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman anda. Penyediaan resume yang baik sememangnya amat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini. Jangan terkejut jika resume lah menjadi punca anda gagal dipanggil ke temuduga atau mendapat kerja. Sama ada anda sedar atau tidak kesilapan dalam menulis resume menjadi punca resume anda ditolak mentah-mentah. Walaupun anda memiliki segulung ijazah sekalipun tetapi resume yang diberikan adalah caca marba, tidak mustahil permohonan anda ditolak. Berikut adalah tips, panduan dan cara buat resume yang terbaik.

Cara Buat Resume Yang Baik

1. Ringkas dan Padat
Kandungan resume yang dihasilkan haruslah mudah dibaca, kemas dan padat. Di samping itu, maklumatnya juga hendaklah tepat dan terkini. Panjang resume yang baik dianggarkan antara dua hingga tiga muka surat bergantung kepada maklumat penting yang dimasukkan. Perlu dingat, resume ialah rekod mengenai diri anda, bukannya riwayat hidup anda. Sebaiknya anda catatkan point penting sahaja dalam resume tersebut dan bukannya membuat karangan.

2. Susunan dan Isi Kandungan
Resume yang baik harus dipersembahkan secara tersusun, bermula dengan foto anda yang diletakkan di bahagian atas, kemudian latar belakang, pendidikan, pengalaman kerja, anugerah yang diperolehi, kokurikulum dan diakhiri dengan nama penyokong yang boleh memberi keterangan mengenai diri anda. Penekanan harus diberikan tentang apa yang anda miliki, kelebihan dan pencapaian anda.

3. Bahasa
Sebaik-baiknya tulislah resume dalam English kerana syarikat swasta lebih mengutamakan Bahasa Inggeris kerana lebih mudah difahami dan nampak lebih professional. Bahkan jika anda ingin meminta kerja di sektor awam, juga tiada masalah jika anda memberikan resume dalam Bahasa Inggeris. Sebaik-baiknya, mintalah bantuan sesiapa sahaja yang mahir Bahasa Inggeris untuk menyemak resume anda supaya tiada kesilapan tatabahasa mahupun ejaan.

4. Cover Letter
Setiap resume perlu dihantar bersama-sama cover letter ataupun surat iringan di hadapannya. Sebenarnya, cover letter merupakan prosedur standard penghantaran dokumen rasmi. Permohonan yang tidak disertakan dengan cover letter menunjukkan anda kurang professional dan cetek pengalaman.

Contoh Resume Yang Baik

contoh resume 1 contoh resume 2

Resume Generator

Jika anda masih bermasalah untuk menghasilkan resume sendiri, anda boleh cuba guna Resume Generator yang dibangunkan oleh Pusat Maklumat Kerjaya JobsMalaysia. Cuma isikan maklumat dan sistem akan siapkan resume untuk anda. Klik sini untuk Resume Generator.

Akhir kata, perlu diingat bahawa bukan anda seorang sahaja yang menghantar resume tetapi anda perlu bersaing dengan ramai lagi pencari kerja yang berminat dengan jawatan yang anda mohon. Jadi, tulislah resume dengan sebaik mungkin dan tekankan kelebihan anda dan kenapa majikan perlu memilih anda dan bukan orang lain. Semoga panduan penulisan resume ini dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diidamkan.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. RUNGGUM ANAK JEMAT

    T2 B306 TAMAN DAHLIA BATU 5JALAN MATANG 93050 KUCHING SARAWAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: