Langgan newsletter kami!
Masak Steamboat Di Rumah

Masak Steamboat Sendiri di Rumah!

Seronok ya jika dapat makan buffet steamboat seperti di Seoul Garden atau Johnny’s Restaurants? Tapi, tak semua orang boleh makan dengan banyak dalam satu masa. Tambahan lagi harganya mahal. Jadi, apa kata buat sendiri steamboat di rumah? Anda boleh makan sepuas-puasnya dan makan berulang kali secara relaks dan santai.

Resepi Sos Steamboat

Berikut adalah resepi dan cara membuat sos steamboat homemade.

Bahan-bahan

  • 10 batang cili merah
  • Sedikit akar dan batang daun ketumbar
  • Hirisan daun ketumbar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 sudu besar sos ikan
  • 10 sudu besar cuka
  • Sedikit gula merah / gula melaka
  • Sedikit gula pasir
  • Sedikit garam
  • 2 cawan air
  • 2 sudu tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Sedikit bijan, digoreng tanpa minyak

Cara Membuat

  1. Masukkan cili, akar dan batang daun ketumbar, bawang putih, garam, gula merah, gula pasir, sos ikan, cuka, dan air ke dalam mesin dan kisar.
  2. Masukan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk. Tambahkan minyak dan masak dengan api yang kecil.
  3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung agar lebih likat.
  4. Setelah masak, rasa sos terlebih dahulu dan tambah apa yang kurang mengikut citarasa anda.
  5. Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar dan bijan.

Resepi Sup Steamboat

Ini pula resepi untuk membuat 5 liter kuah atau sup steamboat anda:

Bahan-bahan

  • Tulang ayam
  • 1 labu bawang putih, diketuk
  • Halia sebesar 2 ibu jari, diketuk
  • Lada sulah secukupnya
  • 2 ketul kiub ayam
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula mengikut citarasa

CaraMembuat

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan reneh sehingga menggelegak.
  2. Rasa sup terlebih dahulu dan jika sudah sesuai, keluarkan hampas untuk mengambil sup tersebut sahaja.
  3. Masukkan makanan laut yang anda gemari dan nikmati bersama sos steamboat tadi.

Selamat mencuba!

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: