Langgan newsletter kami!
Shaa Pertama Kali

Biodata Shaa, Penyanyi Lagu Pertama Kali

“Pertama kali ku kenalkan dirimu,
Bertapa indahnya bila kau senyum.
Pertama kali ku rapat denganmu,
Baruku tahu kau amat bermakna padaku”

Itulah bait-bait lagu Pertama Kali dendangan Shaa yang merupakan pendatang baru di dalam industri musik tanah air. Sejak berkeudara di corong-corong radio, lagu berkenaan semakin mendapat perhatian masyarakat Malaysia dan Singapura. Lagu berkenaan dicipta sendiri oleh figura kecil molek ini ketika berusia 15 tahun.

Jom kita berkenalan dengan anak jati Kedah ini.

Biodata Shaa

  • Nama Penuh: Juzratul Nisha Johari
  • Nama Komersil: Shaa
  • Tarikh Lahir: 1995
  • Umur: 22 Tahun (2017)
  • Asal: Kuala Kedah, Kedah
  • Keluarga: Anak bongsu daripada enam adik-beradik
  • Status: Bujang
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi
  • Lagu: Pertama Kali
  • Facebook: facebook.com/people/SHaa-DB/100008671664524
  • Instagram: instagram.com/shaa_db

Fakta Menarik Shaa

  1. Merupakan vokalis kumpulan Darulaman Buskers.
  2. Videonya ketika menyanyikan lagu Ziana Zain iaitu Putus Terpaksa pernah tular dan sensasi di media-media sosial sebelum ini.
  3. Kerana video berkenaan, Shaa dilamar oleh komposer terkenal, Eddie Hamid untuk menjadi artis rakaman di Nova Music.
  4. Video muzik Pertama Kali telah dimuatnaik di saluran YouTube pada 7 April 2017 dan telah ditonton lebih sejuta tontonan.
  5. Sangat meminati Ziana Zain.
  6. Suka berniaga dan membantu ibunya di gerai menjual laksa, ayam percik dan cucur udang di depan Mydin Kuala Kedah.
  7. Sangat pekat loghat utaranya.
  8. Shaa dan Darulaman Buskers sering mengadakan persembahan jalanan atau busking di Taman Jubli Emas, Alor Setar, Kedah.
  9. Bayaran paling tinggi ketika busking adalah sebanyak RM30.00.
  10. Mempunyai hampir 10,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Shaa Darulaman Buskers Ala Tomboy

Gaya Rambut Pendek Shaa Darulaman Buskers

Shaa Darulaman Buskers Bersama Eddie Hamid

Shaa Darulaman Buskers Dan Wany Hasrita

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: