Langgan newsletter kami!
Iced Lavender Matcha Green Tea Latte

Cara Buat Ais Lavender Matcha Green Tea Latte

Segar betul rasanya dapat minum ais green tea RM5 yang dijual dalam cawan plastik gergasi di tepi jalan. Memang “ngam” dengan keadaan cuaca negara kita yang panas. Namun, entah berapa banyak kalori dalam minuman ini sebab rasanya sangat manis.

Ini resepi untuk anda buat sendiri ais green tea yang menyihatkan di rumah. Resepi ini sedikit istimewa kerana mengandungi sirap lavender yang memberi sensasi floral seolah-olah anda sedang menikmatinya di taman bunga!

Sebelum itu, sedikit manfaat matcha green tea yang perlu anda ketahui termasuklah mengurangkan inflamasi di dalam badan dan mencegah kanser. Dengan serbuk matcha, anda boleh buat pelbagai jenis makanan dan minuman yang berkhasiat.

Resepi Ais Lavender Matcha Green Tea Latte

Bahan-bahan:

  • 1 sudu kecil serbuk matcha
  • 230ml susu, apa-apa jenis
  • 15ml sirap lavender
    (buat sendiri – jerang air sehingga mendidih, masukkan gula dan tambahkan lavender kemudian tutup api. Biarkan lama sedikit untuk rasa yang lebih kuat. Tapis sebelum menyimpan atau menggunakannya)
  • Ais

Cara Membuat:

  1. Gabungkan matcha bersama 60ml susu di dalam pengisar.
  2. Tambahkan sirap lavender.
  3. Tuangkan baki susu dan kacau.
  4. Isi ais di dalam cawan dan tuangkan lavender matcha green tea latte anda.

Sumber: popsugar.com

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: