Selain Hollywood dan Bollywood, filem Melayu tidak kurang hebatnya. Tahun 2017 ini, pelbagai genre filem termasuk seram dan aksi diterbitkan bagi menghiasi pawagan terdekat anda.
Berikut merupakan 7 filem Melayu 2017 yang wajib anda tonton.
- Dorm Melati
- Genre: Seram
- Tarikh Tayangan: 12 Januari 2017
- Pelakon: Aedy Ashraf, Ardell Ardyana, Adam Shahz, Aizat Hassan, Ikmal Amry dan Syaa Nasir.
- Pengarah: Eyra Rahman
- Sinopsis: Filem pembuka tirai 2017 ini mengisahkan perjalanan lima orang sahabat yang ingin melakukan aktiviti ‘summer camp’ sempena tamatnya peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan mereka memilih Dorm Melati sebagai tempat percutian. Sejak menduduki dorm tersebut, pelbagai kejadian pelik dan menakutkan terjadi. Adakah mereka berjaya menghadapi ketakutan itu. Jangan lupa saksikannya di pawagan.
- Aku Bukan Spy
- Genre: Komedi/Aksi
- Tarikh Tayangan: 19 Januari 2017
- Pelakon: Siti Saleha, Keith Foo dan Nasha Aziz
- Pengarah: Danial Rifki
- Sinopsis: Seorang lelaki Indonesia bernama Putra yang bekerja di sebuah hotel menjalin hubungan dengan seorang gadis Malaysia bernama Pevita yang turut bekerja di hotel sama. Mereka merancang untuk berkahwin di Pulau Pinang, Malaysia. Bagaimanapun rancangan mereka untuk berkahwin dihalang oleh abang Putra, Ray, yang merupakan bekas ejen perisik Indonesia apabila Ray mengetahui ibu Pevita sebenarnya seorang ejen rahsia yang telah melakukan penculikan terhadap beberapa tokoh bank dunia. Tetapi Ray dan Fariza perlu bekerjsama apabila pelbagai halangan perlu dihadapi mereka termasuk cubaan bunuh oleh kumpulan gangster.
- Aku Haus Darah Mu
- Genre: Seram
- Tarikh Tayangan: 2 Februari 2017
- Pelakon: Nad Zainal, Zoey Rahman dan Deanna Yusoff.
- Pengarah: Aidilfitri Mohamed Yunos
- Sinopsis: Filem ini mengisahkan Lia (lakonan Nad Zainal) yang merupakan ahli antrologi dalam bidang seni tarian bersama dua rakannya mengunjungi sebuah perkampungan di kawasan pedalaman untuk membuat kajian mengenai sejenis tarian yang hampir pupus. Dalam usaha melengkapkan hasil kajian, banyak peristiwa seram menyelubungi mereka sepanjang kajian mengenai tarian itu dilakukan. Adakah tarian itu mempunyai kaitan dengan ilmu hitam?
- J Revolusi
- Genre: Aksi
- Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017
- Pelakon: Zul Ariffin, Nur Fazura, Farid kamiol, Izara Aisyah dan Iedil Putra
- Pengarah: Zulkarnain Azhar
- Sinopsis: Filem yang ditungu-tunggu pencinta filem pada tahun ini. Filem terbitan Produksi Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Infinitus Productions ini mengisahkan Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila adik Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat adiknya itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.
- Adiwira Ku
- Genre: Drama
- Tarikh Tayangan: 9 Mac 2017
- Pelakon: Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Wan Azlyn dan Ahmad Adnin Zidane
- Pengarah: Eric Ong
- Sinopsis: Filem yang diangkat dari kisah benar ini mengisahkan tentang pasukan ‘choral speaking‘ Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera, Baling Kedah yang berjaya memenangi pertandingan itu pada tahun 2015. Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi oleh setiap ahli pasukan ‘choral speaking‘.
- Kanang Anak Langkau
- Genre: Aksi/Sejarah
- Tarikh Tayangan: 16 Mac 2017
- Pelakon: Adi Putra, Johan As’ari, Livonia Ricky, Jimmy Leong dan Aidil Aziz.
- Pengarah: Bade Haji Azmi
- Sinopsis: Filem biografi ini mengisahkan tentang seorang Pahlawan Iban yang juga merupakan anggota Tentera Darat Malaysia, yang berjuang demi bangsa dan negara semasa ancaman komunis pada era 70-an.
- Tombiruo Penunggu Rimba
- Genre: Aksi
- Tarikh Tayangan: 2017
- Pelakon: Farid Kamil, Zul Ariffin, Nabila Huda dan Faizal Hussein
- Pengarah: Nasir Jani/ Seth Larney
- Sinopsis: Filem yang diadaptasikan dari novel tulisan Ramlee Awang Murshid ini mengisahkan penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya. Insiden hutan, rumah tempat tinggalnya diceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda ini yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab. Bermulalah pengembaraan Tombiruo yang membawa kepada satu dunia baru yang mengubah perspektif dan dimensi hidupnya.
Sumber: http://www.cinema.com.my
Aku selaku peminat novel Ramlee Awang Murshid… memang agak high expectation untuk filem Tombiruo.. gilosss bahan bacaan since zaman belajr dulu