Selain makanan dan pakaian, minyak wangi ataupun perfume merupakan salah satu cabang perniagaan yang menjadi pilihan selebriti popular dunia dalam melebarkan sayap bisnes masing-masing.
Di Malaysia sendiri, ramai selebriti tempatan tidak ketinggalan menjual produk berasaskan minyak wangi sebagai sumber pendapatan kedua mereka selepas dunia seni. Rata-rata produk minyak wangi keluaran mereka berkualiti tinggi dan mendapat sambutan luar biasa daripada para peminat.
Berikut, penulis kongsikan dengan anda mengenai enam minyak wangi berjenama selebriti popular Malaysia. Take a look!
-
Rozita Che Wan – Precious by RCW
Kalau nak tahu, Precious by RCW ini merupakan produk minyak wangi milik artis jelita dan awet muda, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta.
Dilancarkan menerusi instagram peribadi Che Ta pada Mei 2015, minyak wangi yang dijual dengan harga mampu milik iaitu RM29.90 dan telah mendapat sambutan hangat di pasaran.
Diinspirasikan dengan haruman rose, vanilla dan musk, sebotol wangian ini mengandungi 20ml dan mampu bertahan untuk jangka masa yang agak lama.
Tidak memandang ke belakang, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengeluarkan minyak wangi keduanya, Gorgeous by RCW yang bersumberkan bauan vanilla dan patchouli di mana harganya adalah RM45 sebotol.
-
Neelofa – Neelofa Perfume
Sukakan wangian yang berbau sweet dan romantik, Neelofa Perfume pastinya menjadi pilihan anda.
Perpaduan antara haruman segar serta manis buah strawberi dan blackberry yang ditambah dengan aroma kasturi mawar dan floral menyerlahkan lagi keunikan minyak wangi milik pelakon dan pengacara popular tempatan, Neelofa.
Hadir dengan pembungkusan klasik dan bergaya berwarna hijau laut, minyak wangi tersebut berharga RM55.00 sebotol di Semenanjung Malaysia manakala RM60.00 di Sabah dan Sarawak.
-
Izreen Azminda – Lurve Me
Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik berbakat besar, Izreen Azminda. Tanggal 28 Oktober 2016 lalu, aktres drama Kak Marr ini telah melancarkan produk minyak wanginya iaitu Lurve Me khas buat para penggemar wangian dan peminatnya.
Sebanyak empat haruman dikeluarkan di bawah jenama Lurve Me iaitu Melty Blue, Crush Red, Craveds Pink dan Lusty Gold yang dilancarkan di Horizon Bangsar South, Kuala Lumpur.
Harga yang dikenakan adalah sebanyak RM39.90 setiap satu dan boleh dibeli menerusi portal urus niaga atas talian, Global Halal Excharge (GHX) atau Instagram rasmi @lurvemebyizreenazminda.
Paling menarik, minyak wangi bekas peserta program Gempak Superstar ini mudah dibawa ke kemana-mana dan boleh digunakan ketika solat.
-
Awal Ashaari & Scha Al Yahya – Bleu & Maroon
Pasangan suami isteri selebriti popular negara, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya mengorak setapak lagi dengan mengeluarkan haruman sendiri yang diberi nama Bleu dan Maroon.
Buat lelaki yang sukakan wangian beraromakan maskulin, minyak wangi Bleu daripada Awal ini pastinya menjadi kegemaran anda. Bleu disensasikan oleh pelbagai jenis tumbuhan dan menggunakan pati minyak cedar bagi memberikan aroma yang tahan lama sepanjang hari.
Manakala wangian daripada Scha pula iaitu Maroon dicipta dengan sentuhan bauan feminin di mana ianya menggabungkan pelbagai jenis bunga terpilih khas buat kaum hawa di luar sana.
Dilancarkan di Hotel The Majectic, Kuala Lumpur pada penghujung Januari 2017 lalu, Bleu dan Maroon merupakan wangian terbaik dan eksklusif yang dihasilkan di Dubai.
Wangian Bleu dan Maroon dikeluarkan sebanyak 20 ribu unit serta dijual di rangkaian media sosial dan enam stokis terpilih dengan harga RM55.00 bagi kandungan 30 mililiter.
-
Remy Ishak – RUMI by Remi Ishak
Seperti selebriti-selebriti tempatan yang lain, Remy Ishak turut serta dalam mengeluarkan minyak wangi berjenama sendiri, RUMI by Remi Ishak di bawah label syarikat miliknya iaitu RISA Team Global (RISA).
Nama minyak wangi ini diinspirasikan daripada salah satu watak yang dilakonkan Remi menerusi drama terbitan Astro yang berjudul Rumi & Jawi.
Dijual dengan harga RM49.90 sebotol, wangian yang didatangkan dari Paris tersebut bersumberkan bau bunga-bungaan untuk haruman wanita (RUMI For Her) dan kayu-kayuan bagi menyerlahkan lagi imej maskulin lelaki (RUMI For Him).
Minyak wangi berkenaan dilancarkan pada 25 Februari 2016 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
-
Sheila Rusly – Matahari
Sheila Rusly, satu nama yang tidak asing dalam arena seni hiburan negara turut tampil menjalankan bisnes minyak wanginya iaitu Matahari by Sheila Rusly.
Setanding dengan haruman berjenama antarabangsa, wangian yang berharga RM45.00 sebotol berkenaan dihasilkan dengan bauan yang lembut, sweet dan menyegarkan. Selain tahan lama sehingga 12 jam, minyak wangi ini sesuai untuk lelaki dan wanita.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan wangian Matahari ini boleh melayari Facebook Matahari Sheila Rusly untuk pembelian minyak wangi secara online.