Langgan newsletter kami!

4 Cara Terbaik Melebatkan Janggut

Menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan daripada Saidatina Aishah Radiayallahu Anha katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:

10 perkara dari sunnah perjalanan Nabi, mengandam misai, membiarkan janggut (yakni tidak bercukur atau mencabutnya), bersugi, memasukkan air ke dalam hidung (semasa mengambil air sembahyang) dan memotong kuku.
Hadis riwayat Muslim.

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.
Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.
Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

Jadi, di sini saya kongsikan beberapa Petua Untuk Melebatkan Janggut dan Misai.

Petua 1: Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.

Petua 2: Ambil ½ gelas santan pekat yang dicampurkan dengan ¼ gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada janggut anda.

Petua 3: Pakai minyak “Bon”. Mula-mula cukur sampai licin terlebih dahulu, kemudian sapu sikit air suam. Kemudian sapu dengan minyak Bon. Jangan makan benda berempah.

Petua 4: Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk lalu lumurkan pada misai atau janggut anda.

Oleh itu, simpanlah janggut anda seperti mana Ustaz Azhar Idrus. Setiap saat setiap masa akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.

Sumber Petua: Facebook

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

3 comments

  1. Lepas sapukan putih telur perlu basuh semula or tidak ?

  2. Sebab saya nak berjambang, saya suka berjambang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: