Langgan newsletter kami!
Successful In Business

2 Tips Utama Untuk Berjaya Dalam Dropship

Ramai yang telah berjaya dengan menceburi bisnes dropship tanpa modal ini. Antara yang paling popular di Malaysia ialah Safiey Ilias yang menjadi jutawan pada usia 19 tahun hasil daripada menjadi agen dropship semasa di sekolah menengah. Benarkah begitu mudah buat duit dengan program dropship? Jika benar, kenapa masih ramai yang gagal dalam perniagaan dropship? Ikutilah beberapa tips sukses dropship untuk mereka yang baru nak mula (beginner).

 

Tips Untuk Berjaya Sebagai Agen Dropship

Tips 1: Mengkaji Pasaran Dengan Produk Senang Jual

Tips yang paling utama ialah mencari produk yang senang untuk dijual, bukan produk yang menawarkan komisen yang tinggi. Jika komisen tinggi tapi tiada sales pun tak berguna juga. Sementara mendapat margin keuntungan yang tinggi merupakan satu bonus bagi anda sewaktu bermula sebagai agen dropship.

Bila anda sudah banyak menjual, sales semakin hari semakin meningkat, anda akan mendapat idea yang lebih jelas tentang kehendak pelanggan. Dari ilmu yang anda ada itu, anda akan dapat mengetahui permintaan pasaran dengan lebih jelas dan meneroka produk-produk yang lebih baik dengan profit margin yang lebih tinggi.

Anda juga boleh bermula dengan menjual produk yang anda minati, kerana secara semula jadinya anda akan jadi lebih berminat untuk memasarkan produk yang anda sedia tahu itu. Sebagai contoh, jika anda mempunyai wajah berjerawat, tentu sekali anda telah mengkaji dan menggunakan produk yang sesuai untuk mengatasi masalah anda itu sebelum menjadi agen dropship lagi. Anda tentu pernah menggunakan produk tersebut dan dengan sendiri anda mempunyai ilmu yang mencukupi dan lebih mudah untuk anda menyakinkan bakal pembeli produk tersebut.

 
Tips 2: Manfaatkan Platform Jualan Secara Online

Penggunaan platform secara online adalah tips yang paling utama untuk mempromosikan produk dropship. Ini kerana ianya dapat menjimatkan kos promosi anda kerana hampir kesemuanya adalah percuma. Media sosial seperti Facebook dan Instagram sangat popular di kalangan peniaga kecil online.

Anda boleh menyertai Facebook Group yang mempunyai beribu-ribu ahli malahan ada yang sudah mencecah lebih dari sejuta ahli. Tugas anda adalah sangat mudah. Anda hanya perlu iklankan produk yang anda jual di group tersebut dan iklan anda akan dibaca oleh beribu-ribu pengunjung setiap hari. Lebih kerap anda posting, lebih tinggi peluang anda untuk mendapat sales. Mudah saja kan?

Di samping itu, anda juga boleh mempromosikan produk di blog peribadi dan di laman website bidaan seperti e-bay serta di laman web marketplace seperti mudah.my dan lelong.com.my. Website mudah.my adalah website jualan barang secara online paling besar di Malaysia dan kos pengiklanannya juga adalah percuma.

Seterusnya apabila sudah ada pelanggan, gunakan aplikasi messenger yang percuma dan popular seperti WhatsApp, WeChat dan Telegram untuk berinteraksi dengan pelanggan anda. Ia bukan sahaja mudah malah sangat pantas dan mesej yang hendak disampaikan boleh terus sampai kepada pelanggan anda.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. thanks for the tips! saya pon baru nak cuba jd ejen dropship ni. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: