Langgan newsletter kami!
Tomyam Poktek Thai

Resepi Tomyam Poktek Ala Thai

Bahan-bahan Tomyam Poktek

  • 600gm isi ayam
    (boleh gantikan dengan daging atau seafood seperti ketam, lala, sotong dan udang mengikut jenis tomyam yang hendak disediakan)
  • 6 batang serai
  • 15-20 tangkai cili padi (kepedasan mengikut citarasa masing-masing)
  • 2 mangkuk santan pekat (atau susu cair)
  • 6 helai daun limau purut
  • 3 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 2 paket cendawan tiram
  • 2 tangkai daun bawang
  • sedikit bunga kobis
  • secekak daun ketumbar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 kiub tomyam
  • 3 sudu teh cili paste (disyorkan brand mae pranom asli Thai)
  • 2 sudu besar sos nam pla (sos ikan)
  • 1 biji limau nipis besar (perah airnya)

Cara Memasak Tomyam Poktek

  1. Potong isi ayam nipis-nipis.
  2. Serai dipotong menyerong kasar.
  3. Hiris kasar halia, lengkuas dan bawang besar.
  4. Tomato dipotong wedges.
  5. Bunga kobis dipotong kecil.
  6. Siat-siat kasar cendawan tiram dan daun limau purut.
  7. Ketuk sedikit cili padi. Boleh gunakan lebih cili padi kerana santan akan membuatkan cili padi menjadi kurang pedas.
  8. Masukkan santan ke dalam periuk bersama serai, lengkuas dan halia. Didihkan sambil mengacau.
  9. Biarkan seketika sehingga semua bahan berubah warna dan agak masak.
  10. Masukkan cili paste, sos nam pla dan kiub tomyam.
  11. Boleh rasa dahulu dan adjust rasa masam, masin dan pedasnya.
  12. Masukkan pula ayam dan masak lagi sehingga separuh masak.
  13. Masukkan cendawan, daun bawang, daun ketumbar (perlu ada) dan daun limau purut serta cili padi.
  14. Masukkan sedikit gula, air limau nipis, bawang besar dan tomato. Didihkan sebentar saja.
  15. Bila sudah cukup rasa dan sayur pun dah masak matikan api. Angkat dan hidangkan.

Tips Penyediaan Tomyam Agar Lebih Sedap

  • Siapkan kuah tomyam dahulu (adjust rasa dan sebagainya) untuk mengelakkan bahan-bahan basah menjadi terlebih masak (overcooked).
  • Gunakan tomato puri untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam.
  • Resepi tomyam ala Thai adalah dengan menambah lengkuas/daun ketumbar.
  • Untuk kuah yang lebih pekat, tambahkan lagi santan atau susu cair.

mae-pranom-cili-paste tomyam-poktek-thai

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: