Dalam siri animasi naruto, Akatsuki adalah antara watak penjahat yang terpenting. Maksud Akatsuki boleh diterjemahkan sebagai “Dawn” atau “Daybreak” ialah sebuah organisasi ninja yang diasaskan oleh Yahiko, Nagato dan Konan. Namun, selepas kematian Yahiko, ia diterajui oleh Nagato dengan Obito sebagai penaung. Matlamat utama Akatsuki adalah untuk menguasai dunia dengan menggunakan kuasa daripada kesemua sembilan Tailed Beast.

Ahli-ahli Akatsuki terdiri daripada ninja yang telah meninggalkan kampung mereka dan dianggap sebagai penjenayah S-kelas, iaitu penjenayah yang paling berkuasa di dalam dunia ninja dalam siri Naruto.
Berikut adalah senarai ahli Akatsuki:
- Nagato
- Konan
- Uchiha Itachi
- Uchiha Obito
- Kisame Hoshigaki
- Deidara
- Sasori
- Zetsu
- Hidan
- Kakuzu







