Langgan newsletter kami!
Ustaz Syamsul Debat

Biodata Ustaz Syamsul Debat

Ceramah atau kuliah yang kaku mungkin agak membosankan dan mudah mengantuk. Justeru, ramai dalam kalangan para asatizah kini menggunakan kelebihan diri mereka untuk memasukkan elemen jenaka atau lucu dalam setiap ceramah mereka bagi menarik minat para pendengar.

Walaupun bergelak ketawa, isi dan fokus yang ingin disampaikan masih tidak dilupa. Salah seorangnya adalah Ustaz Syamsul Amri atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Ustaz Syamsul Debat’. Beliau pernah digembar-gemburkan bakal mengambilalih populariti pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Mari kenali dengan lebih dekat ustaz yang sering menjadi bualan anak muda masa kini dek kerana jenakanya yang santai dan bersahaja dalam setiap penyampaiannya.

 

Biodata Ustaz Syamsul Debat

  • Nama Sebenar : Syamsul Amri bin Ismail
  • Tarikh Lahir : 3 Ogos 1977
  • Umur: 40 Tahun (2017)
  • Tempat Lahir : Kg. Ayer Dedali, Jempol Negeri Sembilan
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan :
    – Sekolah Kebangsaan Paroi (1983-1989)
    – Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu (1990-1992)
    – UITM Shah Alam (Diploma Pentadbiran Awam)
    – UITM Shah Alam (Ijazah Sarjana Muda Undang-undang)
  • Pencapaian :
    – Johan Pidato UiTM Melaka (1998)
    – Johan Debat Piala Provos UiTM Melaka (1998)
    – Tempat Ketiga Debat DiRaja di USM Pulau Pinang (Pendebat Terbaik Keseluruhan) (1999)
    – Johan Pidato Kenegaraan Negeri Sembilan (2000)
    – Johan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan di Ipoh (2000)
    – Tempat Ketiga Debat DiRaja di UUM (Ranking Pertama Pendebat Terbaik Seluruh Malaysia) (2002)
    – Johan Debat Perdana anjuran Majlis Peguam Malaysia (2002)
    – Johan Debat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) (Pendebat Terbaik Keseluruhan) (2002)
    – Johan Debat Komuniti Bestari Negeri Sembilan (2003)
    – Johan Debat Komuniti Bestari (Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir) (2003)
    – Johan Pidato KEMAS Negeri Sembilan (2003)
    – Johan Pidato anjuran KEMAS Negeri Sembilan (2004)
    – Ketua Hakim bagi pertandingan debat
    – Jurulatih Debat dan memiliki Sijil Penghakiman Debat oleh MADUM
    – Johan Pidato Perdana Islam Hadhari Kebangsaan di PWTC (2006)
    – Kini menjadi jurulatih sambilan untuk Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh serta beberapa buah Universiti Tempatan termasuk UNIMAS di Sarawak
  • Penglibatan Dalam Politik (UMNO)
    – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian SEREMBAN
    – Ketua Penerangan UMNO Kg Pancor
    – Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Panchor
    – Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia
  • Blog: http://ketuapeneranganumno.blogspot.my

Dikenali sebagai Ustaz Debat kerana peranannya sebagai Presiden Persatuan Alumni Pendebat Malaysia. Beliau juga kerap muncul di kaca TV terutama dalam program Syamsul Debat di TV Al-Hijrah, dan juga di You Tube. Semoga bermanfaat.

#SegalanyaBermulaDiSini

Kuliah Ustaz Syamsul Debat Ustaz Syamsul Debat Di Perhimpunan Agung Umno (PAU)

Print Friendly, PDF & Email

About Marina

Berpendidikan agama dari UNISZA dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang beliau ada untuk manfaat komuniti.

7 comments

  1. Baru kenal ustaz syamsul debat tahun lepas…. tu pun sebab terviral video ceramah mengenai alam rumah tangga… byk lawak original dari beliau

  2. ustad ure an ohsem dud,lots of humour,great personality,charisma,lots of info and luv ur N9 speech.

    May ALLAH BLESSED U WTH GD HEALTH N WEALTH.

    ACAHEERS FRM SPORE FAN.yNwA

  3. Background syariah dan fiqh nya dari mana..macam mana boleh panggil ustaz..?..

  4. Untuk ceramah awam bolehlah tapi untuk pendidikan khusus b3lum boleh lagi

  5. Terbaik ustaz syamsul debat

  6. Mohamad Shahhid bin Najhman

    Siapa ada no contact PA Ustaz syamsul debat?? Saya teringin nak panggil buat ceramah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: