Langgan newsletter kami!
Hidung Cantik

4 Cara Memancungkan Hidung Secara Natural

Memiliki hidung yang mancung adalah idaman setiap orang baik lelaki mahupun perempuan. Ini kerana hidung yang mancung pastinya akan menambahkan lagi kecantikan dan ketampanan di wajah seseorang. Ia juga akan membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai.

Namun begitu, penduduk di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand bukanlah kaum yang dilahirkan dengan genetik semulajadi memiliki mempunyai hidung yang mancung. Kecuali jika mereka adalah berdarah kacukan. Tatkala itu, ramai yang tercari-cari bagaimana cara untuk memancungkan hidung secara semulajadi dan alami.

Berikut dikongsikan cara untuk memiliki hidung yang mancung.

1. Menggunakan Produk Pemancung Hidung

Cara yang paling mudah untuk memancungkan hidung adalah dengan menggunakan produk pemancung hidung yang ada di pasaran. Produk yang paling popular di Malaysia adalah nose-up clipper. Ia dipakai di atas cuping, tepat digaris hidung untuk menaikkan hidung. Kebanyakan produk ini perlu digunakan selama 10-15 minit setiap hari dan perubahannya akan terlihat dalam masa 1-2 minggu. Untuk mendapatkan hasil yang kekal, gunakannya setiap hari selama 3-6 bulan dan anda akan lihat perubahan kekal pada hidungĀ anda.

Produk seumpama ini boleh didapati dengan mudah di farmasi dan kedai kecantikan. Ia ada dijual di Guardian, Watson ataupun boleh dibeli secara online di Lazada. Namun begitu, pastikan anda membeli produk yang asli dan mengikut panduan penggunaan seperti yang dipaparkan pada produk tersebut. Ini kerana, penggunaan produk tiruan dikhuatiri boleh mendatangkan kesan sampingan pada masa akan datang.

Produk Nose Up Mancungkan Hidung

Contoh Produk Nose Up Clipper Untuk Memancungkan Hidung

2. Mencubit Hidung Secara Rutin

Cara seterusnya untuk memancungkan hidung adalah dengan mencubit hidung secara lembut dan dilakukan secara berterusan setiap hari. Caranya adalah dengan memegang hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk. Kemudian tahan dalam masa 4 sampai 5 minit agar hidung menjadi mancung. Hindari mencubit hidung terlalu berlebihan kerana dapat merosak kulit hidung di samping menjaga tulang rawan hidung. Anda juga perlu melakukan cara ini dengan relaks dan tidak tergesa-gesa untuk mendapatkan hasilnya.

Mungkin cara ini agak meletihkan. Namun jika anda menjadikannya sebagai aktiviti rutin harian, tak mustahil dalam masa yang singkat anda akan mendapat hidung yang mancung.

3. Mengurut Bahagian Hidung

Anda juga boleh cuba mengurut bahagian hidung untuk mendapat hidung yang mancung. Caranya adalah dengan mengurut menggunakan jari anda dan menolak posisi hidung ke bahagian atas. Rujuk gambarajah di bawah.

Nose Exercises And Massage

4. Senaman Smiling Fish Frenzy

Smiling Fish Frenzy adalah senaman semulajadi yang dapat menbantu memancungkan hidung yang penyek dan pesek. Ia adalah salah satu gerakan yang kerap dilakukan di dalam latihan yoga. Cara melakukannya adalah cukup mudah iaitu dengan melakukan pose senyum dengan mengepalkan gigi dalam masa yang sama. Anda perlu menahan dan mengekalkan gerakan ini selama 15-20 minit, kemudian secara perlahan-lahan, kendurkan pipi. Oleh yang demikian, otot pipi akan menjadi kecil dan anda akan mendapat hidung yang mancung. Senaman ini perlu dijadikan rutin bagi mendapat hasil yang terbaik.

Smiling Fish Frenzy

Akhir kata, walau apapun cara yang anda gunakan untuk memancungkan hidung, hargailah hidung anda. Jangan terlalu ghairah mencuba pelbagai cara dan produk memancungkan hidung tanpa terlebih dahulu menyelidik akan kebaikan dan keburukan yang bakal terjadi. Ini kerana hidung merupakan aset yang sangat berharga kurniaanĀ Ilahi.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. boleh cuba ni. tq kerana berkongsi

  2. Najwa ,Abdullah

    Perkongsian yang bagus saya boleh cuba dan kongsi dengan adik beradik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: